Sekolah Kebangsaan (LKTP) KECHAU 1,

27100 Padang Tengku, Kuala Lipis, Pahang.
Tel:09-3249561
Email: cba3008.skkechau@yahoo.com.my

SELAMAT DATANG

     

Assalamualaikum dan Salam sejahtera kepada anda.Selamat datang ke laman web rasmi Sekolah Kebangsaan (LKTP) Kechau . Beritahu rakan-rakan  lain tentang kewujudan laman web ini serta dapatkan informasi lengkap berkenaan sekolah seperti berita & pengumuman terkini,muat turun jadual waktu, muat turun borang, foto galeri aktiviti, maklumat staff, pencapaian akademik, ko-kurikulum, ruangan berbincang, alumni dan banyak lagi infomasi disediakan berkenaan sekolah.Terima kasih kerana melawati laman web sekolah Kebangsaan (LKTP) Kechau 1.Sekolah ini juga mempunyai akaun Facebook sendiri,sila lawati laman facebook sekolah dan jadilah sebahagian dari komuniti kami.

 

BERITA SEMASA


HARI PERTAMA PERSKOLAHAN SESI 2013 

  

  Sesi persekolahan pada tahun ini bermula pada 2 januari 2013 iaitu pada hari Rabu walaubagaimanapun persediaan persekolahan telah bermula awa iaitu pada hari isnin dimana semua murid telah hadir kesekolah untuk bergotong royong bersama guru guru. Pendaftaran murid tahun 1 di adakan pada 31 Disember 2012. semua murid dan waris telah diberi taklimat khas tentang PBS dan KSSR oleh Setiausaha Peperiksaan SKK1 iaitu Puan Fatishah Bt Md Shah.

 

[ ::Dikemaskini pada 5 Januari 2013::]

 

_____________________________________________________________________________________________

 

 

 

 

 

 

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2011 PERINGKAT SKK1 DISAMBUT MERIAH.

 

 

 


    Pada 22 September 2011 Sekolah kebangsaan Lktp Kechau1 telah mengadakan majlis sambutan hari raya aidilfitri perikgkat sekolah. Segala persiapan telah di buat oleh semua warga sekolah. Seramai hampir 1000 orang  yang terdiri daripada guru, murid ibubapa dan pemimpin setempat telah diraikan dalam majlis tersebut. Progam ini juga telah mencatat rekod apabila menggabungkan 3 majlis iaitu sambutan kemerdekaan, program khatam Al-Quran dalam satu majlis. Antara hidangan yang disajikan ialah lemang,rendang, ketupat palas, roti jala, nasi impit dan pelbagai kuih muih yang di bawa oleh murid. Program dimulakan dengan perarakan peserta hatam alquran ke dewan, setelah selesai majlis hatam al-quran majlis disambung dengan sambutan kemerdekaan dengan Forum yang disampaikan oleh Cikgu Omar Mokhtar iaitu mantan Guru Besar pertama sekolah ini setelah selesai semua jemputan diraikan dalam majlis aidilfitri yang diadakan di sekitar kantin sekolah.

@++ Pihak sekolah merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini diharapkan majlis ini dapat menjalinkan ikatan siraturrahim diantara pihak sekolah dan juga pihak pIBG serta masyarakat setempat.

                                                                                           

                                                                                        [ ::Dikemaskini pada 29 September 2011::]

 

 

 

 

__________________________________________________________________________________


 

 

 

 

 

  KEBERANGKATAN TENGKU MUDA PAHANG KE SKK1 PADA 13 JULAI 2011

 

 

 

 

 

 

 

 

 

[ kemaskini Pada 23 Julai 2011]

 

 




  SAMBUTAN HARI GURU 2011

 Semperna Hari Guru 2011, pihak sekolah telah mengadakan sambutan hari guru di peringkat sekolah pada 16 Mei 2011. Pelbagai acara yang menarik telah disediakan Sambutan hari guru pada tahun ini menyajikan sedikit kelainan apabila murid-murid sendiri yang mengelolakan majlis sambutan pada hari tersebut. Pelbagai anugerah di pertandingkan untuk guru-guru sekolah ini. Antaranya anugerah Guru Paling Popular, Anugerah Guru Paling Penyanyang dan pelbagai lagi anugerah yang diberikan kepada guru-guru oleh para pelajar. Sambutan ini telah dirasmikan oleh Mantan Guru Besar sekolah ini iaitu En. Ibrahim Aziz.

[KEMASKINI PADA 25 MEI 2011]

 

 

 

 

 

 

 GURU MATEMATIK SKK1 BERTUKAR KE PPD LIPIS.

 Cikgu Hasrulhisyam bin Ismail telah ditukarkan ke PPD Lipis sebagai fasilitator linus. Pertukaran ini berkuat kuasa 15 April 2011. Pihak Skk1 mengucapkan selamat menempuh alam baharu di PPD Lipis. Sementara itu seramai 6 orang guru praktikum telah menamatkan praktikum di SKK1 pada 15April 2011. Majlis perpisahan telah diadakan pada  15 April di Dataran SKK1.

[::Dikemaskini  24 April 2011::]

 

 

 

 

 

 

15 PELAJAR DAN 6 GURU MENYERTAI KURSUS MOTIVASI 3 BUAH SEKOLAH DI SK BRINCHANG

CAMERON HIGHLANDS

Seramai 15 murid dan 6 guru telah menyertai program  motivasi pelajar yang melibatkan 3 buah sekolah iaitu SK Brinchang Cameron Highlands, SK Convent Kota Taiping dan SK LKTP Kechau 1 Kuala Lipis. Program yang diadakan selama sehari diadakan pada 26 Mac 2011. Beberapa aktiviti telah diadakan antaranya, Bengkel sains, Bengkel Bahasa Melayu dan ceramah motivasi. Program ini telah dirasmikan oleh Tuan PPD daerah Cameron Highlands. Selain menimba ilmu murid-murid juga dibawa melawat sekitar Cameron Highlands disamping berkesempatan mengalami sendiri memetik buah strawberi. Ucapan jutaan terima kasih kepada Guru Besar SK Brinchang En. Adnan Hassan serta Pemilik Big Farm Strawbery Park yang telah melayan kami sewaktu di Cameron Highlands. Pihak admin berharap program ini dapat diadakan lagi dilain kali.

[:: Dikemaskini pada 28 Mac 2011 ::]  

 

 

 

PASUKAN BOLA TAMPAR PEREMPUAN JOHAN DAERAH LIPIS

Pasukan Bola Tampar SKK1 telah berjaya mengharumkan nama sekolah apabila diistiharkan menjadi juara kejohanan bola tampar MSSM Lipis  bawah 12 tahun yang telah diadakan di  SK LKTP Sungai Koyan pada 7 Mac 2011. Pasukan ini telah berjaya memasuki pusingan akir dan seterusnya menjuarai kejohanan tersebut, Sekalung tahniah dan syabas kepada pasukan sekolah seterusnya kepada jurulatih sekolah iaitu Pn. Azmar dan En. Zukri yang bertungkus lumus memastikan kejuaraan pada tahun ini di tangan skk1. Beberapa murid daripada sekolah ini telah terpilih ke Kejohanan MSSM Pahang bagi mewakili daerah Lipis.

[:: Dikemaskini pada 12 Mac 2011 ::]

 

 

 

 

SKK1 JUARA BOLA JARING DAERAH LIPIS 2011

Pasukan Bola Jaring SK LKTP Kechau 1 sekali lagi telah mengharumkan nama sekolah apabila ditabalkan menjadi juara kejohanan bola jaring MSSM peringkat daerah Lipis. Pasukan yang dilatih oleh Cikgu Fadzillah dan Cikgu Miesha telah memulakan kempen apabila berjaya menjadi juara diperingkat Zon Padang Tengku yang berlangsung di SK Padang Tengku dan seterusnya mewakili zon Padang Tengku dan menjadi johan peringkat daerah yang diadakan di SK Wan Ibrahim. Kejayaan pasukan ini diharapkan akan menyuntik semangat bagi pasukan yang lain. Pihak Admin mengucapkan tahniah atas kejayaan  pasukan ini dan diharapkan sekali lagi mencapai kemenangan di peringkat negeri Pahang yang akan diadakan tidak lama lagi.

[Dikemaskini pada 5 Mac 2011]

 

 

 

  

  

 

STAF TERBAHARU SK LKTP KECHAU 1. 2011

Pada 3 mac 2011. Pasukan web sekolah telah berkesempatan merakam gambar semua staf akedemik dan sokongan SKK1 bagi sesi 2011. Pihak Admin mengucapkan selamat datang kepada Guru Penolong Kanan 1 iaitu Pn. Haliza Gazali serta Ustaz Mohd Najmi yang telah melapur diri di sekolah ini pada awal bulan ini. Di harapkan sekolah ini akan lebih cemerlang dengan kehadiran warga baharu sekolah.

[Dikemaskini pada 5 Mac 2011]

VISI

Menjana Sekolah Cemerlang 2015

MISI

Sekolah kebangsaan LKTP Kechau 1 akan berusaha bersungguh-sungguh menjadi sekolah terbaik dari segi kurikulum, kokurikulum, bina insan,dan keceriaan bagi melahirkan insan yang berkualiti melalui pengurusan sumber secara bersepadu, cekap dan berkesan.

Atas

TARGET NKRA

2009- UNJURAN 3121

2010- TARGET 999 UNJURAN 1477

2011- TARGET 477

title

Click to add text, images, and other content